AR 201 (Kelab Catur)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya akhirnya saya berpeluang menjadi pensyarah untuk kelab Catur (AR201) dan secara langsung saya juga turut dilantik sebagai Penasihat Kelab Catur Politeknik Sulta Idris Shah (PSIS) sesi Jun 2011..

Saya akan cuba yang terbaik menggerakkan kelab catur PSIS sebagai satu penghargaan di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan PSIS.. Saya abadikan semua aktiviti dan perkembangan kelab catur di blog sembang hari2 sebagai salah satu medium penyebaran maklumat di internet..

Sasaran jangka panjang saya dalam bidang ini adalah untuk mengaktifkan permainan catur di peringkat politeknik seluruh Malaysia.. Supaya permainan ini berjaya dimasukkan sebagai salah satu aturcara sukan Politeknik yang berlangsung pada setiap tahun..

Catur merupakan sebuah permainan yang dimainkan di peringkat international.. Kebanyakan permainnya dari kalangan ahli akademik yang cerdik pandai.. Permainan ini sesuai diketengahkan di kalangan pelajar-pelajar Politeknik disebabkan politeknik terletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan melahirkan pelajar-pelajar di peringkat Diploma..

Saya sebenarnya minat dengan permainan catur ni sejak dari sekolah rendah lagi.. Tapi masa tu sekadar suka-suka sahaja bermain.. Takder lah handal sangat..

Pencapaian saya dalam permainan catur pun taklah sehebat pemain-pemain catur tanah air seperti IM Mas Hafizul, IM Jimmy Liew, NM Lim Zhuo Ren, Taulani Tukiran, Nik Ahmad Farouqi dan lain-lain..Tapi saya pernah berpeluang menyertai beberapa kejohanan besar semasa belajar di Universiti dahulu.. Bukan sebagai seorang hero yang disanjung.. Cuma sekadar memeriahkan pertandingan..

Antara kejohanan besar yang pernah saya sertai dalam permainan catur adalah WIVCC, GICC, Merdeka Open, MAKSUM, Open UTM, dan lain-lain..

Jadi dengan sedikit pengalaman yang ada (walaupun ianya telah dimamah usia) di samping bantuan rakan-rakan lama dalam bidang ini.. Insya Allah saya akan cuba memartabatkan permainan catur dalam skop bidang tugas saya dan hubungan saya sebagai seorang pensyarah politeknik... 

Terdapat 3 Perancangan utama dalam jangka masa terdekat ini (sesi Jun 2011)..
  1. Pertandingan Catur dalaman diantara ahli kelab catur
  2. Pertandingan Catur Terbuka/Tertutup PSIS
  3. Menyertai kejohanan catur luar di peringkat negeri/Kebangsaan..
Diharapkan kami berjaya mencapai ketiga-tiga aktiviti seperti yang dirancangkan.. Sekarang ini kami sedang dalam proses merangka kertas kerja.. Diharapkan semua ahli kelab catur PSIS,  pihak pengurusan dan semua pihak yang berkenaan dapat memberi sokongan dan dorongan supaya kami berjaya melaksanakan perancangan kami pada semester ini dengan jayanya..
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..