Tuesday, February 1, 2011

Perjalanan ke Sibu-Kuching-Sibu-Mukah (Episod 1)

Bermula pada petang ini saya bersama isteri dan 2 orang anak lelaki (hero) akan memulakan cuti sempenan tahun baru Cina..

Destinasi yang kami tuju adalah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak.. Dah agak lama sebenarnya tak buat trip berjalan-jalan bersama keluarga ke Kuching.. Last sekali buat family trip ke Kuching pada Disember 2008.. Masa tu anak baru sorang.. ;)

Jadi, pada kali ini, memang teringin sangat nak pergi memandangkan anak ke 2 kami dah pandai berjalan (umur setahun 1 bulan).. hehehe..

Jadi pada petang ini kami akan bertolak ke sibu dan bermalam di sana sebelum bertolak ke Kuching pada esok hari.. Tak lama pun kami berada di Kuching.. hanya 5 hari jer, dan akan kembali ke Mukah pada hari Ahad..

Jadi seandainya saya tak berkesempatan untuk update blog ini, harap anda semua faham.. Pemiliknya sedang bercuti-cuti Malaysia..

Bagi rakan-rakan blogger yang sedang ternanti-nanti pemenang tempat 1 hingga ke 3 Contest GA pertama blog sembang hari2.. Diharap anda semua boleh bersabar.. Keputusan akan cuba diumumkan dalam masa yang terdekat ini.. ;)
Read more...

Contest Giveaway Pertama blog Sembang Hari2 telah Ditutup..

Contest Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2 telah pun ditutup semalam..

Terima kasih kepada semua 103 peserta (Blogger) kerana telah turut serta dalam contest ini.. Jadi sekarang ini adalah masa untuk memberikan hadiah kepada para pemenang..

Pertama sekali hadiah untuk pendorong terbanyak minggu ke 5:
Maaf, tiada peserta yang layak memenangi hadiah pendorong terbanyak untuk minggu ke 5. Sebanyak 3 blog sahaja yang menyertai GA ini pada minggu ke 5.. Dan setiap peserta masing-masing di dorong oleh seorang pendorong iaitu Mamarifqy, nana dan Cute Mum.. Jadi ke tiga-tiga peserta ini seri dengan hanya menjadi 1 pendorong sahaja.. Macaman saya nak bagi hadiah ;).. Terselamat 1 Cloth Diapers saya.. ;)

Seterusnya Pemenang untuk pendorong terbanyak keseluruhan:
Hadiah ini dimenangi oleh Zaiikulim Tahniah buat puan Zai Kulim.. Sepanjang "Contest" ini berlangsung beliau telah berjaya mendorong 19 buah blog menyertai "Contest" ini. Dan ini merupakan hadiah ke 3 yangtelah beliau menangi sepanjang "contest" ini berlangsung.. TAHNIAH!!!

Hadiah yang beliau menangi adalah:-
  • Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
  • Wang tunai RM30 (Bank In)
  • Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

 Jadi Zaikulim boleh menghantar email kepada anuarmarsib@gmail.com dengan menghantar maklumat berikut:-
  1. Nama penuh :
  2. Alamat         :
  3. Nama Bank :
  4. Akaun Bank:
  5. Tarikh (untuk booking Pak Ya Home Stay):
  6. Barang Yang Mahu Dibeli di Blog Discount Hari:
 P/s: Rebat tunai hanya akan diberi (bank in) setelah anda membeli mana-mana barangan yang diiklankan di blog Discount Hari2..

Untuk hadiah tempat pertama hingga tempat ke 3, saya perlukan sedikit masa untuk mengumumkan senarai nama pemenang. Ini disebabkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi berdasarkan peraturan berikut:-

http://sembanghari2.blogspot.com/2010/12/giveaway-pertama-blog-sembang-hari2.html
http://sembanghari2.blogspot.com/2010/12/penyertaan-contest-giveaway-pertama.html

Jadi, diharap semua peserta dapat bersabar menunggu keputusan pemenang tempat pertama hingga ke 3..
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..