Tuesday, January 11, 2011

Jalan-jalan di Bintulu sekejap..

Sambil-sambil pergi taman negara Similajau, sempat jugalah kami curi-curi masa pergi ke bandar Bintulu..
Namun begitu tak sempat nak ambil gambar keseluruhan perjalanan kami..

Cuma sempat ambil gambar pada ketika berada di Pasar Tamu dan pasar Utama Bintulu..

Pemandangan dari jauh Pasar Utama Bintulu

Pasar Utama Bintulu terletak di Tepi Sungai

Pintu gerbang Pasar Utama Bintulu


Pemandangan Di Tepi Sungai

Isteri saya sempat beli Durian Belanda..

Belacan Bintulu yang digemari oleh penggemar-penggemar belacan

Bagi kawan-kawan saya yang menggemari belacan, mereka suka makan belacan yang dibeli dari Miri dan Bintulu.. Menurut mereka belacan tersebut lebih sedap (nyaman) berbanding belacan yang didapati dari semenanjung.. Kepada penggemar-penggemar belacan, kalau nak tahu rasa belacan Bintulu ni boleh lah cuba.. ;)

                                    

Pada hari Ahad (9 Januari 2011) program PRSMath tamat pada jam 12 tengahari..

Walaupun masa yang ada terlalu singkat namun kami sekeluarga sempat juga "window shopping" di farley, Bintulu sambil jalan-jalan cari makan.. ;)

Kemudian, kami bertolak pulang ke Mukah pasa jam 3.45 petang.. Alhamdulillah nasib baik cuaca pada hari tersebut agak baik.. Kami berjaya sampai ke Mukah pada jam 6.18 petang..

Walaupun letih sekalipun hari Isnin tetap kena masuk kerja..



Read more...

Program PRSMath di Taman Negara Similajau, Bintulu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog sembang Hari2.. Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera..

Saya agak sibuk pada hari minggu baru ini dan tidak berkesempatan untuk mencoret sesuatu di blog ini selama 2 hari tersebut (Sabtu & Ahad).. Pada ketika itu saya berada di taman negara Simalajau Bintulu untuk membantu rakan-rakan saya menjayakan program Pembimbing Rakan Sebaya (PRSMath)

Para peserta program terdiri daripada pelajar semester 1


Antara pengisian program
ps: Terdapat peserta kecil yang turut hadir ;)

Anakku juga turut serta dalam program ini ;)

Antara aktiviti pogram

Anakku Haikal turut bersama abang-abang fasilitator ;)


Peserta-peserta sedang sibuk kehulu kehilir..

Pemandangan hostel kediaman dari laut..




Pada ketika ini laut sedikit tenang berbanding hari2 sebelumnya


Secara keseluruhannya, seronok juga kendalikan program seperti ini.. Sebenarnya dah lama tak join program berbentuk kem motivasi seperti ini..

Cuma, kami pergi ke Taman Negara Simalajau bukan masa yang sesuai. Pada ketika ini musim hujan dan laut bergelora.. Tak dapat nak mandi dan tak sempat nak jungle tracking..

Kebanyakan aktiviti hanya dibuat di dalam dewan sahaja.. Aktiviti luar hanya sempat dibuat pada petang sehingga malam pada hari kedua dan hari yang ketiga..

Menurut pekerja di Taman Negara Similajau, masa yang paling baik untuk datang ke sini adalah pada bulan Mac dan April.. Masa tu laut tenang dan kalau ada rezeki dapat tengok Ikan Lumba-lumba (Dolphine)..

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..