Sunday, December 4, 2011

Betapa gembiranya Hati Isteriku memiliki Flip Pan....

kali Sembang2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pasti anda tentanya-tanya kenapa pula pada hari saya nak berkongsi cerita pasal Flip Pan???

Kisahnya begini...

Pada bulan lepas, sewaktu kami mengadakan majlis akikah anak kedua kami, kami menyajikan ayam panggang sebagai salah satu menu utama...

Pada ketika itu, tugas memasak diagih-agihkan antara adik-beradik dalam keluarga isteri saya... Isteri saya nak mengambil jalan mudah, jadi beliau menawarkan diri untuk memasak ayam panggang di Pak Ya Home Stay 

Maklumlah dekat Pak Ya Home Stay kami tiada banyak peralatan untuk memasak.. Jadi kami bawa sebuah dapur gas dan tong gas... Kemudian kami meminjam Flip Pan daripada ibu mertua saya, adik ipar saya dan emak mertua adik ipar saya...

Isteri saya berjaya memanggang kesemua 10 ekor ayam (yang telah dikerat-kerat) dengan menggunakan Flip Pan secara berperingkat-peringkat..

Semasa kenduri berlangsung, terdapat tetamu yang bertanyakan tentang ayam panggang tersebut... Berikut antara pertanyaan-pertanyaan yang diajukan berkenaan dengan ayam panggang tersebut berserta jawapannya...

Tetamu :   "Macamana nak masak ayam panggang ni??"
Jawapan : Isteri saya ceritalah cara nak buat ayam panggang kepada para tetamu..

Tetamu : "Ada tak resepi nak buat ayam panggang ni??"
Jawapan : "Ada" Isteri saya pun memberikan resepi ayam panggang tersebut...

Tetamu : "Masak ayam panggang ini guna apa??? Sebab makcik tengok takder kesan terbakar pun pada kulit ayam"
Jawapan : "Saya masak tak menggunakan arang... Saya masak menggunakan Flip Pan yang dimasak di atas dapur gas"

Tetamu : "Nanti belikan makcik Flip Pan satu, lepas tu bagi tahu makcik berapa harganya.. Nanti makcik bayar"
Jawapan : "Insya Allah makcik"

Itulah antara perbualan yang sempat saya dengar antara isteri saya dan beberapa orang tetamu yang hadir.. Sampai sekarang saya masih teringat-ingat lagi dialog tersebut disebabkan ada kalanya bila makcik-makcik ini terjumpa ibu mertua saya, mereka akan bertanyakan tentang Flip Pan yang isteri saya pakai...

Kepada anda yang sama seperti isteri saya yang suka memasak, saya syorkan supaya membeli sekurang-kurangnya satu Flip Pan di rumah.. Pesanan ini juga ditujukan khas buat para suami yang isterinya aktif memasak di dapur..

Flip Pan ini terlalu banyak kegunaannya.. Anda boleh menggunakannya untuk memanggang, menggoreng, masak stim, dan sebagainya...

Kelebihan menggunakan FlipPan ini terutamanya ketika aktiviti memanggang, makanan yang dipanggang masak secara menyeluruh... Tiada kawasan pada makanan tersebut yang terbakar disebabkan ianya tidak terdedah secara langsung kepada api seperti kita memanggang menggunakan kaedah biasa...

Dari sudut kesihatan pula, memanggang menggunakan Flip pan lebih baik daripada memanggang menggunakan kaedah biasa yang menggunakan arang sebagai bahan bakar.. Maklumlah pada zaman sekarang ini, kebanyakan arang yang terdapat di kedai-kedai dihasilkan menggunakan bahan kimia.. Jadi bahan makanan yang kita bakar terdedah kepada bahan kimia dalam proses penyediaannya...

Biasanya kamii menggunakan Flip Pan ini untuk memanaskan semula makanan panggang yang kami beli... Jadi tak perlu bersusah payah untuk menghidupkan arang... Cuma letakkan makanan (panggang) yang hendak di panaskan ke dalam Flip Pan, dan meletakkannya di atas dapur gas selama beberapa minit... Dan kemudian terbalikkannya pula selama beberapa minit... Dan makanan panggang sudah tersedia untuk dimakan dalam keadaan yang panas...

Memanaskan semula ayam panggang...

Memanaskan semula kerang panggang...

Lobster masak Stim menggunakan Flip Pan..

Sangat berbaloi memiliki Flip Pan...

Kalau tak percaya cuba beli satu.. Pasti anda akan rasa berbaloi memilikinya.. Flip Pan ini boleh didapati pada sekitar harga RM200 seunit.. Flip Pan ini mudah untuk digunakan dan mudah juga untuk dibasuh...

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini... sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang Flip Pan, anda boleh meninggalkan persoalan atau komen anda pada ruangan komen enteri ini... 


No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..