Sunday, July 24, 2011

Kanak-kanak zaman sekarang ini semakin cepat pandai membaca....

kali Sembang2

Kanak-kanak zaman sekarang ni dah tak serupa seperti kanak-kanak zaman dahulu.. Terutamanya zaman sebelum merdeka..


Pada Zaman dulu.. kalau ada kanak-kanak yang sudah pandai membaca sebelum berumur 5 tahun, boleh heboh satu Malaysia di buatnya.. Sebab pada ketika itu, kebanyakan ibu bapa tidak berpelajaran tinggi.. Ada diantara mereka bekerja sebagai pekebun, nelayan, petani,pesawah, peniaga dan sebagainya.. 

Ibu bapa yang berpendidikan tinggi pada ketika itu masih sedikit bilangannya.. Jadi mereka mengharapkan anak mereka menerima pendidikan semasa berada di sekolah.. Masa tu paling cepat kanak-kanak dihantar ke sekolah pun ketika berumur 5 tahun.. Jadi tidak hairanlah, kalau kanak-kanak pada ketika itu hanya mula pandai membaca sejak berumur 5 tahun..
Tapi zaman sekarang telah jauh berubah.. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini rata-ratanya berpelajaran tinggi.. Walaupun tak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.. Tapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pendidikan sehingga peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)..

Justeru itu, kebanyakan pasangan suami isteri pada hari ini keluar bekerja.. Yelah pada hari ini kos sara hidup tinggi.. Nak merasa hidup selesa, isteri perlu juga keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.. 

Kesan daripada situasi ini..  kebanyakan kanak-kanak pada zaman sekarang telah dihantar ke pusat asuhan ("Sekolah") dalam usia yang terlalu muda.. Seawal umur 3 bulan dah mula pergi "Sekolah"..

Di sekolah kanak-kanak telah mula belajar sekurang-kurangnya ABC.. dan 1,2,3.. Jadi tak hairanlah kanak-kanak pada hari ini semakin cepat pandai membaca..



Kanak-kanak boleh membaca ketika berumur 17 bulan atau 1 tahun 5 bulan..



Kanak-kanak boleh membaca ketika berumur 13 bulan.. 1 Tahun 1 bulan..

Untuk menjadikan kanak-kanak pandai membaca macam dalam 2 video yang ditunjukkan di atas tentu ada teknik yang berkesan.. Teknik-teknik sudah pastinya di praktikkan lebih awal Di negara-negara Eropah yang sememangnya lebih "Advance" dari negara kita..

Walaubagaimanapun, di Malaysia juga kita tak jauh ketinggalan berbanding masyarakat di eropah.. Buktinya telah ada golongan-golongan cerdik pandai yang cuba membuat penyelidikan dan mengetengahkan teknik-teknik yang berkesan untuk membolehkan kanak-kanak dapat membaca dalam usia yang muda..

Nak tahu lebih lanjut boleh 'klik' pada banner di bawah..



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..