Sunday, January 23, 2011

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Siri pertama)

kali Sembang2

Adakah anda pernah mengambil Ujian MBTI?

Ujian ini dapat membantu kita mengenali personaliti kita dan orang lain yang berada di sekitar kita.
Ujian ini sesuai digunakan oleh:

  1. Orang dewasa yang ingin memilih kerjaya berdasarkan kebolehan dan minat
  2. Guru yang menggunakannya supaya proses pembelajaran menjadi seronok
  3. Organisasi yang mahu meningkatkan komunikasi, kerja berkumpulan, dan kepimpinan para pekerja
  4. Individu yang mahu memahami personaliti ahli keluarga atau rakan-rakan mereka
MBTI merupakan ujian berdasarkan kepada 8 kod penting yang menjurus kepada perlakuan individu. Setiap daripadanya berpasangan, ini bermaksud terdapat 4 pasangan bagi satu set kod ini. Setiap pasangan membawa makna tertentu. Berikut merupakan sedikit gambaran tentang pasangan bagi setiap kod:

1.   Apakah pusat fokus perhatian anda?
      Kod 1: Ekstrovert (E) ataupun Introvert (I)

2.   Bagaimana anda mengumpul maklumat?
      Kod 2: Sensor (S) ataupun Intuitif (I)

3.   Bagaimana anda membuat keputusan?
      Kod 3: Thinker (T) ataupun Feeler (F)

4.   Bagaimana anda berinteraksi dengan dunia luar?
      Kod 4: Judger (J) ataupun Perceiver (P)

Untuk mengetahui tentang kod-kod ini dan juga untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang personaliti berdasarkan kod dalam ujian MBTI, tunggu siri yang ke dua

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..