Tuesday, December 28, 2010

Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2

Syukur Alhamdulillah..

Kini genap setahun blog Sembang Hari2 ini wujud. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi mengunjungi blog ini.

Walaupun blog ini belum mempunyai banner, tetapi Alhamdulillah sehingga kini blog ini telah dikunjungi lebih daripada 5000 kali. Sebenarnya saya pernah design beberapa banner, tetapi setakat ini belum ada satu banner pun yang memenuhi citarasa saya dan difikirkan bersesuaian dengan blog ini. Jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu untuk meletakkan banner di blog ini.

Sempenan setahun kewujudan blog Sembang Hari2 ini diinternet, saya dengan sukacitanya ingin menganjurkan "Contest Giveaway" yang pertama. Disebabkan salah satu tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk mempromosikan Pak Ya Homestay, maka gambar Pak Ya Homestay dijadikan sebagai banner untuk Giveaway ini.



 Syarat-syaratnya untuk menyertai "Contest" ini:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog anda mengenai giveaway ni dengan tajuk: Ulang Tahun Pertama Blog Sembang Hari2!

3. Jadi follower blog "Sembang Hari2" DAN "Discount Hari2".

4. Copy dan paste; letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog anda beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni; letakkan link untuk blog yang di tag; 

6. Tinggalkan url link entry, ID follower anda dan url blog (pendorong) yang menyebabkan anda terpanggil untuk menyertai "contenst" ini di ruangan komen post ini

7. Hadiah berupa penginapan di Pak Ya Home Stay, Wang Tunai, Cloth Diapers (Baby Land) dan rebat tunai untuk pembelian barangan yang diiklankan di blog Discount Hari2 ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 31 Januari 2011

Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:

Tempat pertama:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM50
Rebat Tunai RM50 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Tempat Kedua:
3 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2


Tempat Ketiga:
2 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM20
Rebat Tunai RM20 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Hadiah Mingguan (5 minggu):
1 unit Cloth Diapers (Baby Land)
(Diberikan untuk blog yang banyak menjadi pendorong untuk rakan blog lain menyertai contest ini)

Hadiah Pendorong terbanyak:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Pemenang tempat pertama hingga ke tiga akan dipilih secara cabutan bertuah oleh saya dan isteri.

Pemenang hadiah mingguan akan diberikan kepada pendorong terbanyak pada minggu tersebut. Ianya dikira berdasarkan bilangan pendorong yang ditulis pada Hari Isnin jam 6.00 pagi sehingga ke hari Ahad jam 12.00 malam.

Pemenang hadiah pendorong terbanyak akan dipilih berdasarkan URL pendorong terbanyak yang dikira sepanjang contest ini diadakan.

Sebagai permulaan, saya nak tag Discount Hari2, Rohaizulnizam dan Mama Kembar 3.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi menyertai "contest" ini. Penyertaan anda akan memberi satu suntikan motivasi kepada saya untuk terus menulis di blog ini..

Jadi jomlah join ;)
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..