Sunday, December 26, 2010

Pendapatan sampingan di Mudah.my

kali Sembang2

Sejak negara kita sering dilanda dengan masalah ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita yang mula mencari peluang untuk tambah pendapatan. Antara peluang tambah pendapatan yang mendapat tempat dan menjadi pilihan adalah melalui bidang perniagaan. Ada yang memilih perniagaan offline dan tak kurang juga yang memilih perniagaan online.

Tetapi, sejak teknologi maklumat kian berkembang di negara kita dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti broadband dan streamyx, masyarakat kita mula menjadikan internet sebagai satu medium untuk menambah pendapatan.

Perkembangan ini sangat positif dan selaras dengan pendedahan tentang peluang buat duit di internet oleh beberapa individu atau mana-mana pertubuhan. Walaupun banyak peluang buat duit di internet cara sebenar didedahkan, masyarakat kita khususnya masih juga percaya dan lebih suka menyertai program-program buat duit yang menipu.

Antara program-program buat duit yang menipu adalah skim cepat kaya, skim ponzi, skim piramid, program HYIP, program reseller, dan banyak lagi. Kes-kes penipuan yang sering berlaku di internet sebenarnya adalah berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri. Sikap yang saya maksudkan adalah sikap ingin mendapat wang dengan cepat dan mahu menjadi kaya.

Biasalah orang kita. Apabila disogok dengan pelbagai janji manis dan pulangan wang yang lumayan, tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil peluang yang dianggap boleh mendatangkan hasil itu. Padahal, hasil yang bakal diterima adalah sebaliknya. Kemudian, selepas sedar mereka telah ditipu barulah nak menyesal. Kesian..  

Dalam hal penipuan ini, untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan program buat duit yang menipu, anda seharusnya mengamalkan sikap berhati-hati sebelum menyertai mana-mana program buat duit. Langkah terbaik sebelum terjebak dan mengalami kerugian adalah anda perlu membuat kajian terhadap program berkenaan dengan menggunakan google atau bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain.

Baik.. Jika anda bertanya kepada saya, apakah peluang buat duit di internet yang selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapapun? Jawapan saya adalah peluang buat duit di laman Mudah.my.

Peluang buat duit dengan Mudah.My lebih mudah dilaksanakan oleh semua orang daripada buat duit dengan ebook seperti PLR, MRR, RR dan sebagainya.

Ini kerana, dengan buat duit di Mudah.my, anda boleh mula serta merta dan terus buat duit. Jika hendak dibandingkan dengan cara lain, anda memang boleh buat duit juga tetapi tidak secepat seperti buat duit di Mudah.my.

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan cara buat duit di laman Mudah.my, sahabat usahawan saya iaitu saudara Hafizi Zain dan Ejat Perindu telah mengeluarkan sebuah ebook terbaru mereka yang bertajuk Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my.







Dalam ebook tersebut, mereka berdua telah membongkarkan secara terperinci bagaimana caranya untuk buat duit di laman Mudah.my. Antara perkara-perkara rahsia yang dikongsikan adalah teknik tersembunyi buat duit di Mudah.my, teknik beriklan di Mudah.my cara hebat, teknik mendapatkan jualan sehingga hasilnya boleh mencecah lima angka dan banyak lagi.

Oleh itu, tanpa membuang masa anda lagi yang sememangnya sangat berminat untuk buat duit di internet, saya menjemput anda untuk berkunjung ke laman web ebook tersebut di sini

Sebaik sahaja anda masuk ke sana, pastikan anda baca terlebih dahulu penerangan yang terdapat di sana.
Semoga anda berjaya buat duit di laman web Mudah.my
  

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..