Saturday, July 24, 2010

Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 3 (Akhir)


Bertemu lagi di Bahagian 3 bagi tajuk Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu...

Pada malam tersebut setelah mengambil bagasi, saya terus mencari beg plastik dan masking tape.. Saya membuat tambahan lagi balutan dengan satu lapisan baju, kemudian di bungkus dalam beg plastik dan digamkan dengan masking tape.. Tidak cukup denga itu saya tambahkan balutan dengan surat khabar dan beg plastik lagi, dengan harapan supaya dapat menghilangkan bau durian tersebut.. Selepas selesai membalut saya cuba menyusun semua barang termasuk tupperware berisi durian tadi ke dalam tupperware besar.. Alhamdulillah rasa lega malam tersebut setelah dibalut saya mendapati tiada lagi bau durian..

Keesokan paginya seawal 5.15 pagi, saya pergi ke ruang legar daftar masuk untuk membalut keseluruhan tupperware besar tersebut..Alhamdulillah mujur kaunter membalut tersebut telahpun di buka. Semasa proses membalut dilakukan, pekerja di kaunter tersebut dapat mengesan bau durian. Pekerja tersebut memaklumkan kepada saya supaya mengeluarkan durian tersebut sebelum tupperware besar itu dibalut. Ini dikhuatiri tupperware tersebut tidak dibenarkan di bawa masuk semasa di kaunter pengimbas nanti.

Saya maklumkan kepada pekerja tersebut supaya meneruskan sahaja membalut tupperware besar tersebut. Dan sekiranya saya tidak berjaya membawa tupperware tersebut ke Sibu saya terpaksa redha dengan mengaggap ianya bukan rezseki saya. Ini disebabkan saya sudah kehabisan idea untuk menangani bau durian tersebut.

Seterusnya masa yang begitu mendebarkan adalah semasa tupperware tesebut di imbas sebelum memasuki kaunter daftar masuk. Pegawai yang mengimbas tupperware besar tersebut ada bertanyakan kepada saya apa benda yang terkandung dalam tupperware besar ini. Saya maklumkan bahawa dalam tupperware besar tersebut terdapat makanan dari Kelantan seperti keropok Lekor, Keropok Kering, Gula Kabung dan lain-lain.. Pegawai tersebut bertanyakan kepada saya samada saya ada membawa sebarang buah di dalam tupperware besar tersebut?

Jadi sekali lagi saya terpaksa (bohong sunat) dengan menafikan terdapat buah dalam tupperware besar tersebut.. Syukur Alhamdulillah, pegawai tersebut percaya dengan kata-kata saya.. Akhirnya matlamat saya untuk membawa Durian Siam yang di beli di Kota Bharu ke Mukah berjaya di capai..

Penerbangan dari LCCT ke Sibu pada jam 6.55 pagi dan sampai ke Sibu pada jam 9.00 pagi.. Apabila sampai di Sibu saya mengambil keputusan untuk menaiki bas untuk perjalanan seterusnya dari Sibu ke Mukah (selalunya naik bot).. Ini disebabkan pada kali ini saya ingin merasai kembali pengalaman menaiki bas yang kali terakhir saya merasainya kira-kira dua tahun yang lepas.

Perjalanan menaiki Bas dari Sibu ke Mukah yang berjaya saya perolehi adalah pada pukul 12.30 tengahari.. Jadi  saya andaikan dapat sampai ke Mukah pada jam 4.30 petang..




Inilah bas yang membawa saya ke Mukah.. Hehehe.. walaupun tak semantap bas di semenanjung, tapi bas Lanang merupakan pengangkutan yang mempunyai jadual perjalanan dari Sibu ke Mukah secara dua hala paling kerap. Terdapat juga bas lain, tetapi masa perjalannya tidak sekerap bas lanang dan masa perjalanan bas lain juga biasanya tidak bersesuaian dengan masa yang kita inginkan..

Perjalanan pada kali ini agak mencabar. Ini disebabkan Jalan diantara Simpang Balingian ke Simpang Selangau semakin teruk. Anda boleh melihat keadaan-keadaan jalan yang sempat saya tangkap dengan kamera digital. 







Inilah keadaan jalan yang saya lalui dari Sibu ke Mukah.. Keadaan jalan menjadi semakin teruk disebabkan hujan.. Terdapat kereta yang tersangkut di jalan berlumpur.. Tapi syukur Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya ke Mukah kira-kira jam 5.30 petang.. Walaupun lewat satu jam dari masa yang saya anggarkan untuk sampai ke Mukah, tetapi itu semua tidak penting.. Yang penting saya selamat sampai...

Apa dah jadi agaknya Durian yang saya bawa dari Kota Bharu???


Hehehe.. Inilah rupa Durian yang saya bawa dari Kota Bharu.. Dah tak jadi Durian, dah masam.. Nampaknya dah jadi Tempoyaklah.. hehehe.. Pesanan saya kepada semua pembaca. Sekiranya anda hendak mengikuti jejak saya membawa durian dalam penerbangan, saya syorkan anda tidak membawa durian siam. Sebaliknya bawa durian kampung. Durian siam mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada durian kampung.. Dan baunya akan menjadi semakin kuat dari semasa ke semasa.. Kesian isteri saya kempunan nak makan durian siam.. Mujur jugaklah saya ada bawa makanan lain iaitu Mertabak Kota Bharu..



Murtabak ini besar dan berharga RM12 seketul. Berbaloi beli, rasanya pun sedap.. Tapi saya dapat percuma sahaja Murtabak ini. Ianya merupakan buah tangan yang diberikan secara percuma oleh Urusetia bersama Mesyuarat Lembaga pada kali ini iaitu Politeknik Kota Bharu..

Inilah perkongsian pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke Kota Bharu disamping menempuhi perjalanan yang mencabar dari mukah ke Kota Bharu.. Jangan lupa untuk mengikuti Post yang seterusnya iaitu perjalanan kami sekeluarga dari Mukah ke Sibu untuk menguruskan permit kerja pembantu rumah kami..

Sekian dahulu untuk kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu...

Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Read more...

Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 2


Bersambung kembali pada Bahagian ke 2...

Pada hari keempat iaitu pada 16 Julai 2010 semua pegawai peperiksaan dibenarkan pulang seawal jam 10.00 pagi.. Disebabkan tiket saya pada pukul 9.00 malam jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan kaki lagi di sekitar Kota Bharu..

Pada asalnya nak pergi PC Fair yang terdapat di KB Mall. Tetapi mengenangkan misi mencari durian untuk di bawa pulang belum berakhir, jadi saya, Anuar Wahab dan Azrai (PBU) pergi ke Pasar Siti Khatijah.. Tidak ada apa pun yang hendak di beli. Cuma saya sempat membeli tupperware (untuk bawa durian dan isi barang), Durian, buku-buku  untuk saya dan untuk anak. Azrai sempat memborong beberapa helai baju sutera..




Semasa kami berjalan-jalan saya tertarik dengan satu banner iklan yang di pasang di sebuah kedai.. Cuba anda lihat Banner di atas, apakah yang anda faham tentang banner tersebut? Semasa pertama kali saya melihat banner tersebut, saya mengandaikan kedai ini mahu ditutup dan mungkin ada jualan penghabisan stok di dalamnya..

Tetapi bila saya masuk ke kedai tersebut, saya mendapati semua urusniaga berjalan seperti biasa. Tidak terdapat sebarang papan tanda yang menunjukkan berlaku jualan habis-habisan. Bila saya keluar balik dari kedai tersebut dan mengamati kembali banner yang di pasang. Kini baru saya faham. Rupa-rupanya banner tersebut merupakan banner pengiklanan bagi nama kedai tersebut.. Tutup perniagaan merupakan nama kedai tersebut.. Hehehe..

Memberi nama yang lain daripada yang lain merupakan salah satu strategi perniagaan yang boleh dilakukan pada hari ini.. Saya berpendapat strategi pemasaran yang dilakukan oleh kedai ini begitu baik sekali. Cuba anda bayangkan bagaimana untuk menarik ramai pelanggan ke kedai anda yang terpaksa bersaing dengan beratus-ratus kedai yang mejual barangan yang sama dengan kedai anda? Satu strategi pernigaan yang baik.. Tahniah kepada pemilik kedai ini...

Sambung balik cerita saya...

Saya bertolak dari Hotel ke Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 6.00 petang. Sementara menunggu pukul 9.00 malam, saya terpaksa memikirkan bagaimana untuk mengurangkan bagasi saya seberat 30 kg untuk di bawa menaiki kapal terbang. Berat maksimum yang boleh saya bawa dengan menaiki Air Asia adalah seberat 20 kg. Jadi saya perlu mencari idea untuk mengurangkan 10 kg.



Setelah mencuba pelbagai teknik akhirnya saya berjaya mengurangkan berat 10 kg dari bagasi untuk ditimbang. Saya membeli sebuah beg plastik yang besar dan mengeluarkan barang-barang yang berat untuk dimasukkan ke dalam beg tersebut. Kemudian beg plastik tersebut saya bungkus supaya ianya kelihatan kecil tetapi padat. Walaupun saya berjaya membuatkan beg plastik tersebut kelihatan kecil, tapi beratnya adalah 10kg.. hehehe.. Nasib baiklah tak kena timbang, kalau tidak nahas saya..

Setelah saya berjaya menyelesaikan masalah tersebut, timbul pula masalah kedua.. Tupperware besar yang saya isi durian siam didalamnya dapat dikesan oleh petugas di kaunter Chek in. Petugas tersebut berjaya menghidu bau tersebut dan meminta saya mengeluarkan durian tersebut. Kali ini saya terpaksa menipu. Saya tidak mengeluarkan durian tersebut, sebaliknya saya menambahkan balutan demi  balutan dengan menggunakan baju dan surat khabar. Kemudian saya tambahkan minyak wangi.. Walaupun saya dah membuat balutan yang ke 7 kepada tupperware yang berisi durian, tetapi baunya masih ada walaupun sedikit.

kemudian saya pergi kembali ke kaunter tersebut dan memaklumkan kepada petugas kaunter bahawa saya telah pun memberikan kepada rakan saya durian tersebut.. Alhamdulillah mujur petugas tersebut percaya dan membenarkan saya chek in tupperware besar tersebut.. lepas satu masalah..



Gambar di atas merupakan makanan yang saya terima dalam kapal terbang Air Asia.. Pihak Air Asia telah pun membuat penambah baikan terhadapt makanan yang di tempah secara on line bagi kakitangan kerajaan.. Alhamdulillah.. kenyang saya malam tu..

Saya tiba di LCCT pada kira-kira jam 10.30 malam.. Sebaik sahaja saya mengambil bagasi, saya dapati bau durian tersebut dapat dihidu dengan jelas.. Alamak masalah ini.. Saya ada lagi satu penerbangan dari Mukah ke Sibu.. Jadi saya perlu berbuat sesuatu selepas ini untuk mengatasi masalah tersebut..

Adakah saya berjaya bawa balik durin Siam dari Kota Bharu Ke Mukah?? Bagaimanakah perjalanan menaiki bas dari Sibu ke Mukah?? Nak tahu sambungannya jumpa lagi pada post yang akan datang...

Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Read more...

Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 1

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Hampir 1 minggu kita tidak bertemu diharapkan semua pembaca dapat beristirehat sambil membaca blog ini.. ;)

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Untuk makluman pembaca semua, ini merupakan kali pertama saya pergi ke negeri Kelantan. Dengan erti kata lain, Kelantan merupakan negeri terakhir daripada 14 negeri dalam Malaysia yang saya kunjungi.

Saya bertolak dari Mukah ke Kelantan pada 13 Julai 2010 jam 4.00 pagi dengan menggunakan Hilux Politeknik (Pacuan 4 Roda).. Untuk kali ini tak dapat naik kapal terbang dari Mukah ke Kuching disebabkan lewat menempah tiket kapal terbang.. Hehehe padan muka saya.. Dalam masa yang sama Air Asia sedang upgrade sistem. Jadi, pihak kewangan politeknik tidak dapat membelikan tiket Air Asia untuk saya seperti  kebiasaannya..

Jeng..jeng..jeng.. Syukur Alhamdulillah, penerbangan saya ke Kelantan pada kali ini dapat naik MAS.. Hampir setahun, tak dapat naik Kapal Terbang MAS semasa pergi Mesyuarat melainkan naik Twin Otter.. Tapi pada kali ini, rezeki saya dapat pergi Kelantan, dapat pula naik MAS.. Alhamdulillah.. Tapi balik tak dapat naik Mas hehehe..


 Tiket penerbangan saya dari Sibu Ke KLIA pada pukul 12.15PM dan mendarat di KLIA pada pukul 2.15pm. Persiapan menghadiri mesyuarat lembaga pada kali ini, paling kelam kabut disebabkan kami baru sahaja selesai mengadakan Majlis Konvokesyen ke 3 PMU pada 8 Julai 2010.. Penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.25 PM. Jadi sementara menunggu masa penerbangan tersebut, sempat saya ronda-ronda di KLIA..

Saya menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kota Bharu pada pukul 6.55pm (delay lah).. Nasib baik delay tak lama.. Kebetulan pula jumpa dengan Anuar Wahab dari Politeknik Sandakan (Nuar juga hehehe).. Dapatlah kami bersembang sementara menunggu masa untuk berlepas ke Kota Bharu.. Berita menariknya, ini juga pengalaman pertama Anuar Wahab menjejakkan kaki Ke Kota Bharu...

Sampai di Kota Bharu hampir pukul 8.00 malam (Waktu sebenar tidak diketahui sebab terlupa tengok jam hehehe).. Kebetulan nasib saya baik pada ketika itu ayah kepada abang Din (Sarifuddin Semail yang bertugas di Politeknik Sandakan) mengambil saya dan Anuar Wahab untuk di bawa ke hotel di tempat kami menginap..

Tamat Hari Pertama..

Memulakan Hari Kedua..

Hari kedua tidak ada cerita menarik untuk diceritakan.. Seperti biasa kami adakan mesyuarat, buat semakan dokumen, membuka, membaiki dan binding balik dokumen.. Itu memang kerja rutin saya semasa menghadiri mesyuarat lembaga.. hehehe.. Tapi untuk kali ini, saya terlepas itu semua..Fuh.. Selamat.. Tapi kena buat analisis untuk 6 kursus terpilih sahaja..

Memulakan Hari Ketiga..

Pada pagi hari Ketiga iaitu pada 15 Julai 2010, kami bertolak ke Renaissance Hotel, Kota Bharu.. Ini merupakan acara kemuncak mesyuarat ini, di mana semua laporan lembaga akan disahkan termasuk kes rayuan pelajar semester akhir..




Ini merupakan mesyuarat Lembaga yang ke 5 saya hadiri.. Mungkinkah ini mesyuarat Lembaga terakhir yang saya hadiri?.. Jawapannya hanya Allah sahaja yang mengetahui.. Tetapi seperti biasa pada kali ini juga saya menghadiri mesyuarat lembaga dengan Pengerusi Jawatankuasa peperiksaan yang berbeza.. Tapi pada kali ini dengan pengarah sebenar Politeknik Mukah Sarawak.. Harapan saya semoga pengarah kali ini akan kekal lama sedikit di Mukah. Supaya mesyuarat lembaga akan datang akan dihadiri oleh Pengarah yang sama dari Mukah.. Berikut merupakan senarai kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan PMU ke mesyuarat Lembaga Peperiksaan:
  1. Julai 2008-------Pengarah -------------Berpindah keluar dari PMU pada Disember 2008
  2. Januari 2009 ---Timbalan Pengarah 1-- masih kekal di PMU
  3. Julai 2009 ------Timbalan Pengarah Akadmik, Berpindah keluar dari PMU pada Disember 2009
  4. Januari 2010 ----Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Berpindah keluar dari PMU sebaik sahaja mesyuarat lembaga selesai (Februari 2010)
  5. Julai 2010 -------Pengarah
 Mesyuarat lembaga tamat pada jam 2.00 petang.. Pada petang tersebut merupakan acara bebas bagi semua pegawai peperiksaan disebabkan urus setia dan semua pengarah perlu menghadiri majlis perpisahan Pengarah PUO dan pengarah PKB.. Jadi pada kesempatan ini Ayah Abang Din membawa kami berjalan-jalan di Rantau Panjang.. (Sempadan Thailand)..






Di atas merupakan gambar-gambar yang sempat saya rakam semasa berada di Rantau Panjang.. Barang-barang di sini di jual dengan harga yang murah.. Tetapi harganya hampir sama dengan barang-barang yang di jual di Kota Bharu.. Cuma dekat sini, saya dapat melihat sempadan Siam dan merasai makanan dari Siam.. Semasa di Rantau Panjang ini saya sempat pekena ais krim makanan siam.. (Dicampur dengan jagung, pulut, dll). Di samping itu juga saya sempat pekena sup perut.. Perghh.. sedapnya makan sup perut dekat sini..

Semasa di Rantau Panjang ini adalah juga saya bershopping seperi membeli Narita, aneka keropok, baju, gula kabung dll.. Semasa pulang ke Kota Bharu, kami menyusuri Sungai yang memisahkan Kota Bharu dengan Siam.. Baru saya tahu upanya senang sahaja nak ke Siam.. Dapat menyeberangi sungai tersebut dah sampai ke Thailand.. Tetapi risiko tanggung sednirilah yer.. hehehe..
Pada petang tesebut kami terpaksa bergegas ke hotel kerana ada mesyuarat post lembaga yang bermula pada jam 8.00 malam.. Tapi kami sempat singgah di Rumah Ayah Abang Din untuk menikmati keropok dan minum petang..

Selepas selesai mesyuarat, kira-kira jam 11.30 malam kami berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh.. Nasib baik pada hari sebelumnya saya dah pun memborong tudung Natasha sampai 10 helai di sekirat Pasar Siti Khatijah.. Jadi semasa pergi ke Wakaf Che Yeh saya hanya nak cari 2 perkara sahaja iaitu Durian dan Keropok Lekor.. Wakaf Che Yeh dapat digambarkan sebagai sebuah pasar malam yang besar.. Yang menjual pelbagai barangan kering atau basah termasuk Pakaian, tudung, kain, baju, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, VCD, kasut, minyak wangi, semua ada.. Termasuk juga barang yang tidak sepatutnya (XXX)seperti yang terdapat di water front, Kuching (pada sebelah malam) juga turut ada di jual di sini..

Cukup perkongsian saya untuk Bahagian 1 perjalanan ke Kota Bharu.. Bersambung pula pada bahagian ke 2 dalam post yang akan datang.. Sekian, terima kasih..

Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Read more...

Saturday, July 17, 2010

Pemasaran Internet di Portal Ebay.com

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

 Syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk saya menulis sedikit Post untuk dikongsikan oleh pembaca semua.. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Kelantan kerana menghadiri mesyuarat Lembaga peperiksaan. Sambil menunggu bas dari Sibu ke Mukah pada pukul 12.30 saya gunakan kesempatan ini untuk menaip sedikit perkongsian ilmu tentang pemasaran di internet..

Sebenarnya saya bercadang hendak menulis post tentang perjalanan saya sepanjang menghadiri mesyuarat Lembaga. Tetapi disebabkan terdapat gambar-gambar yang perlu dipaparkan dari kamera saya, jadi saya tangguhkan dulu di masa akan datang. (Asyik dapat post yang belated jer huhuhu...)

Untuk post pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang pemasaran internet menggunakan Portal ebay.com. Saya rasa kebanyakan daripada pembaca semua tentu pernah mendengar ebay.com. Ianya merupakan sebuah portal perniagaan secara online di peringkat antarabangsa.

Hampir semua benda boleh dijual di ebay.com. Daripada barang yang kecil seperti koleksi stem, jam tangan, VCD, buku, beg sehingga barang-barang yang besar seperti kereta, karpet, motorsikal, Jet dan sebagainya. Anda boleh memasarkan apa juga barangan yang ada disekitar anda samada barang-barang baru atau pun barang-barang terpakai.

Menjual barang-berang di e-bay.com sama juga konsepnya dengan menjual barang-barang di portal tempatan seperti lelong.com dan juga mudah.my. Cuma bezanya di e-bay.com anda boleh menjual barang-barang anda sehingga ke peringkat antarabangsa.

Terdapat dua tip yang dapat saya kongsikan tentang satrategi pemasaran di e-bay.com.

Tip Pertama
Anda boleh menjual barang-barang yang mudah didapati dipasaran pada hari ini seperti minyak wangi, tikar, buku, barangan elektronik, komputer riba, aksesori kereta, aksesori komputer, telefon bimbit, tudung, kain baju dan sebagainya. Tetapi dengan syarat anda dapat mencari pembekal yang dapat membekalkan barangan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Dengan mendapat bekalan yang murah anda boleh menjual di Portal e-bay dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran walaupun setelah dicampurkan dengan kos mengepos produk. Harus diingat pembeli tidak akan membeli barang-barang yang anda jual di e-bay sekiranya ianya jauh lebih mahal daripada harga pasaran.

Tip Kedua

Namun begitu anda boleh menjual barang-barang di e-bay dengan harga yang lebih mahal sekiranya barangan tersebut sukar didapati di pasaran. Antara barangan yang saya maksudkan adalah barangan koleksi seperti piring hitam penyanyi veteran (seperti michle jackson, elvis pallesly) stem, jam tangan lama, kereta antik, wang lama, emas lama dan sebagainya.

Untuk menjual barang-barang seperti ini saya syorkan anda memberi peluang untuk pembeli membuat bidaan terhadap harga barangan tersebut. Sekiranya terdapat bidaan tertinggi yang memenuhi kehendak anda, anda menghentikan bidaan tersebut dan menjualkannya kepada pembeli yang meletakkan harga tertinggi tersebut.
Terdapat beberapa orang rakan saya yang meraih keuntungan yang lumayan dengan membeli jam tangan daripada pembeli di e-bay, kemudian beliau menyelenggara jam tangan tersebut dan menjualkannya semula secara lelong di portal e-bay. Rakan saya tersebut telah memperolehi keuntungan daripada 40%-70% hasil daripada jualan yang telah beliau lakukan. Menarik bukan.

Menjual di e-bay adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ini kerana terdapat seorang rakan saya yang baru berpindah ke rumah yang baru dibelinya. Semasa beliau mengemas rumah tersebut, beliau ada menjumpai beberapa barangan lama seperti frame gambar, piring hitam, dan beberapa barangan lain. Pada mulanya beliau hendak membuangkan atau menyimpan sahaja barang-barang tersebut. Tetapi beliau terlintas untuk mengiklankan barangan tersebut di portal e-bay.com.

Tanpa disangka-sangka seminggu selepas beliau mengiklankan barangan tersebut di portal e-bay, terdapat seorang pembeli dari luar negara yang berminat untuk membeli barangan terpakai tersebut. Nah lihat kelebihan mengiklankan barangan terpakai anda di e-bay.com. Adakalanya barangan itu dirasakan tidak bernilai bagi kita. Tetapi terdapat orang lain di luar sana yang mungkin meminati barangan-barangan terpakai yang ada disekitar kita.

Jadi sekiranya anda ada baju terpaki, aksesori komputer terpakai, aksesori kereta terpakai dan sebagainya yang anda tidak mahu gunakan lagi cuba anda iklankan di portal e-bay.com. Mungkin ada pembeli yang tercari-cari barangan tersebut.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pakar tentang berniaga di Portal e-bay.com. Apa yang cuba saya sampaikan adalah perkongsian yang saya perolehi daripada pengalaman rakan-rakan saya. Sekiranya anda berminat untuk berniaga di Portal e-bay.com saya syorkan anda klik pada banner dibawah untuk mempelajari selok belok perniagaan di ebay.com daripada seorang yang pakar.

 Video Panduan eBay

Selain itu, saya juga menyarankan anda mengunjungi laman web berikut untuk mempelajari teknik berniaga di Lelong.com.my. Anda boleh mempelajari dan menganalisis cara-cara untuk menjalankan perniagaan di kedua-dua portal perniagaan ini.

Video Panduan Lelong

Selain itu anda juga boleh mengunjugi laman web berikut untuk mempelajari bagaimana untuk medapatkan barangan yang murah dan berkualiti dari negara China untuk menjualkannya di Portal perniagaan samada lelong.com.my atau di e-bay.com. Rakan saya telah menjana keuntungan atas angin dengan mendapat bekalan barangan yang murah dari negara China dan menjualkannya ke seluruh dunia.

eBook Import Dari China

Sekiranya anda inginkan kaedah berniaga dengan lebih mudah di kedua-dua portal perniagaan ini anda boleh menjual CD-ROM yang mengandungi pelbagai e-book yang anda boleh beli dan jual semula sebanyak mana yang anda mahukan. Untuk menjalankan perniagaan seumpama ini anda memerlukan ilmu yang digunakan oleh otai-otai. Bagaimana otai-otai dapat menjalankan perniagaan menjual e-book secara automatik di portal e-bay.com sedangkan pihak e-bay.com melarang kita menjual produk digital. Jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang strategi perniagaan yang mereka lakukan klik pada banner di bawah.

Automatic eBay Powerseller
Panduan menjana wang secara 100% otomatik di eBay!


Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya pada post kali ini.  Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada anda yang ingin menambah pendapatan secara sampingan. Semoga ceria-ceria dan success-success selalu.


Name:
Email Address:
Messege












Get your own free form like this one.

Read more...

Saturday, July 10, 2010

Anak adalah aset paling berharga bagi sebuah keluarga..

Salam 1 Malaysia..

Bertemu lagi kita dalam blog sembanghari2. Pada post kali ini, saya hendak menyentuh sedikit tentang isu kekeluargaan. Post pada kali ini berkisar tentang khidupan saya dan mungkin juga kehidupan anda yang telah menjalani kehidupan berkeluarga sama seperti saya..

(Penulisan bermula)
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dalam tak sedar anak-anak saya sudah semakin membesar.. Masih baru lagi rasanya saya menukarkan status daripada hidup membujang, berkahwin dan seterusnya menjadi seorang ayah.. Terasa cepat betul masa berlalu.. Dan semoga ada permulaan dan kesudahan yang baik bagi setiap hari yang mendatang.

Kini, setelah menempuhi alam perkahwinan di tahun yang keempat saya telah pun mempunyai dua orang anak lelaki (Syukur Alhamdulillah). Seorang telah berumur hampir 3 tahun. Dan seorang lagi baru nak masuk 7 bulan. Dalam 2-3 tahun lagi mungkin saya merasai pengalaman untuk menghantar anak sulung ke sekolah tadika.. Teringat masa kecil-kecil dulu masa emak ayah saya menghantar saya ke sekolah tadika. Ada kawan saya menangis nak balik rumah..hehehe (Bukan saya lah, kawan-kawan saya)

Fenomena pada hari ini, jika dilihat ramai ibu bapa telah mengambil sikap lepas tangan setelah menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Saya harap, ianya tidak berlaku dalam kehidupan saya dan begitu juga dalam kehidupan pembaca semua. Sebenarnya kita perlu memberi didikan terlebih dahulu kepada anak-anak kita sebelum mereka masuk ke alam persekolahan. Malah, setelah anak-anak memasuki alam persekolahan pun kewajipan sebenar mendidik anak adalah terletak di bahu ibu dan bapa.

Anak merupakan aset kita, kita yang seharusnya wajib mendidik mereka dan bukannya terletak 100% di bahu guru-guru di sekolah. Sekiranya kita mengabaikan perkara ini, besar kemungkinan perkembangan anak-anak kita tidak menepati 100% seperti yang kita harapkan. Dalam mendidik anak terdapat elemen-elemen yang perlu diterapkan dalam diri mereka. Namun begitu elemen terpenting adalah perhatian dan kasih sayang. Kedua-dua elemen ini tidak akan dapat diberikan oleh guru-guru di sekolah walaupun mereka telah cuba sehabis baik mendidik anak-anak kita.

Jadi di sinilah peranan ibu bapa. Selain memberi pendidikan di rumah ibu bapa boleh menerapkan elemen-eleman kasih sayang dalam jiwa anak-anak supaya mereka membesar dengan 'ramuan' yang mencukupi untuk menjadikan diri mereka seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Tetapi  saya akui dalam kesibukan 'terhegeh-hegeh' dengan pekerjaan adakalanya saya terabaikan satu perkara yang dituntut oleh Allah s.w.t iaitu mendidik anak-anak dengan baik berteraskan ajaran agama. Saya bukan langsung tidak mendidik. Tetapi atas kekangan masa menyebabkan saya sedikit mengabaikan perkara tersebut. Disamping itu juga, saya kekurangan ilmu tentang psikologi dan keagamaan menyebabkan adakalanya saya tidak dapat untuk melaksanakan tanggubgjawab sebagai seorang ayah yang mendidik secara spontan.

Disebabkan itu dalam Islam, kita perlu mendalami ilmu agama dan rumah tangga sebelum mendirikan rumah tangga. Walaupun ilmu tersebut sedikit ada, tapi bila kita tidak menggunakannya dalam kehidupan seharian kita ilmu tersebut akan pudar sedikit demi sedikit. (Pesanan buat diri saya dan pembaca semua carilah ilmu sebanyak-banyaknya dan manfaatkan ilmu tersebut dengan sebaik-baiknya.)

Jadi sebagai seorang ibu atau bapa adalah wajar untuk kita sentiasa menambah pengetahuan tentang ilmu mendidik anak. Ada seorang rakan saya memperkenalkan satu pekej bahan bacaan yang dapat membantu kita memberi didikan kepada anak-anak kita. Saya rasa semua keluarga perlu mempunyai produk seumpama ini atau bahan-bahan bacaan lain yang berkualiti di pasaran bagi mendalami ilmu untuk mendidik anak. Produk-produk ini dijual secara berpekej. Dengan membeli pekej ini anda akan mendapat 3 bonus. Iaitu:
  1. Panduan Mengawal Emosi Anak
  2. Panduan memilih permainan
  3. Flash Card Elektronik
Bonus pertama mengandungi Panduan-Panduan Berikut:-

BAGAIMANA EMOSI ANAK DIPENGARUHI OLEH IBUNYA?

BAGAIMANA EMOSI MARAH ANAK TERBENTUK?
MENANAMKAN KEYAKINAN DALAM DIRI ANAK

1. Hargai perlakuannya dan berikan pujian
2. Membantu anak ketika membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
3. Jauhi daripada menghukum tindakan anak, akan tetapi bersikap positif itu lebih baik
4. Jadilah ibu yang EMPATI
5. Pendedahan yang menyeluruh

MENANGANI ANAK YANG GAGAP
FAKTOR-FAKTOR ANAK BERBOHONG
CARA-CARA MENANGANI ANAK BERBOHONG
MEMBENTUK MINDA POSITIF & NEGATIF
MENJAUHKAN SIKAP NEGATIF DALAM DIRI ANAK
TANGANI PERASAAN NEGATIF ANAK
MENANGANI ANAK YANG NAKAL
ADAKAH KITA SEMPURNA?
TIPS AGAR ANAK ANDA MENDENGAR KATA

Berfikir Sebelum Anda Bercakap
Kawal emosi anda
Dekati anak anda secara peribadi

Untuk maklumat lanjut tentang Bonus ke 2 dan ke 3 serta Pekej-pekej yang ditawarkan saya syorkan anda klik di banner di bawah.

Pakej Bestari Bacalah Anakku, Read Easy dan Al-Furqan
Kita hanya mampu merancang dan berusaha, namun tuhan yang menentukan segalanya. Tetapi sebagai ibu dan bapa kita perlu mencorak masa depan anak kita dengan memberikan bahan-bahan atau ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya boleh menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama dan negara pada masa hadapan.. Semoga kita dapat bersama-sama membentuk diri dan sahsiah anak-anak kita supaya dapat menjadi insan yang berilmu, bertakwa, cemerlang dan gemilang pada masa hadapan.

Name:
Email Address:
Messege





Get your own free form like this one.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..