Thursday, January 28, 2010

Koleksi Buku-Buku PTS yang baru Dibeli Dari Internet

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Diharapkan anda semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu.

Pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang survey yang terdapat pada laman blog ini. Sekadar satu pertanyaan:  "Sudahkah anda menjawab Survey pada Post sebelum ini?"

Sekiranya anda masih belum menjawabnya mungkin anda boleh melakukannya pada bila-bila masa, kerana Poll/Survey tersebut berada di bahagian bawah sebelah kanan halaman blog ini.. Anda dibenarkan untuk memberi respon daripada 1 sehingga 4 pilihan jawapan..

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk mengulas pilihan kedua terakhir pada Poll tersebut iaitu:

"Saya tidak suka membaca sebab sukar mendapat bahan-bahan bacaan"

Pada pendapat saya, penyataan tersebut tidak relevan untuk digunakan pada hari ini sebagai salah satu alasan kenapa kita tidak suka membaca. Ini kerana terlalu banyak kemudahan telah disediakan untuk memperolehi bahan bacaan. Kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan perpustakaan di sekolah-sekolah, di IPTA, di bandar-bandar, malah pihak kerajaan juga telah menyediakan perpustakaan desa supaya memudahkan masyarakat di luar bandar untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan bahan bacaan di kedai-kedai buku berhampiran. Sekiranya buku yang anda ingin miliki tidak terdapat di kedai-kedai buku di sekitar anda (seperti yang saya alami di Mukah), anda boleh mendapatkan buku-buku yang dihajati dari internet..

Selamat ke beli buku dekat internet? Boleh percaya ke beli buku dekat internet ni? Tak rosak ke buku-buku yang dibeli tu nanti? Itu mungkin antara soalan-soalan yang akan anda ajukan kepada saya.. (Saya teka jer, kalau tak betul jangan marah)

Untuk makluman anda, pembelian buku di internet boleh dipercayai.. Baru-baru ini saya ada membeli 5 buah buku terbitan PTS dari  internet.. Sebenarnya saya bercadang hendak membeli 2 buah buku sahaja. Tetapi disebabkan ada harga diskaun pada ketika itu, jadi saya pun terlajak membeli sehingga 5 buah buku.. hehehe

Buku-buku tersebut saya beli pada 15 Disember 2009 dan sampai ke tangan saya pada 3 Januari 2010.. Buku-buku ini lambat sampai disebabkan saya memilih supaya ianya dihantar dengan menggunakan pos biasa (untuk menjimatkan kos hehehe).. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa menerima buku-buku tersebut..



Buku-buku dibalut dengan Kotak keras sebelum dibalut dengan kertas envelop untuk diposkan



Buku-buku ini dibalut dengan plastik pada lapisan pertama



Buku diterima berserta Invois pembayaran

Buku-buku yang saya beli di internet setakat ini diterima dalam keadaan baik dan memuaskan. Paling best harganya jauh lebih murah berbanding membeli buku tersebut di kedai.

Sebagai contoh jumlah harga bagi 5 buah buku yang saya beli baru-baru ini adalah RM65.02 (harga selepas diskaun). Kemudian kos penghantaran yang dikenakan adalah RM 7.50. Jadi jumlah kos keseluruhan yang saya keluarkan untuk membeli 5 buah buku tersebut adalah RM72.52.

Kos pembelian tersebut jauh lebih murah berbanding membelinya dengan harga diskaun di kedai-kedai buku di bandar terdekat iaitu Sibu. Jumlah harga 5 buah buku ini selepas mendapat harga diskaun ( mempunyai kad keahlian kedai buku) adalah RM76.50.. Harga tersebut tidak termasuk kos pengangkutan dari Mukah ke Sibu sekitar RM30.00. Ini tak termasuk lagi keletihan yang dihadapi untuk sampai ke Sibu.. Tetapi urusan membeli buku telah dipermudahkan dengan membekinya di internet..

Jadi kesimpulannya, anda boleh membeli buku-buku yang diminati di internet. Setakat ini buku-buku yang dibeli di internet terjamin keselamatnnya dan yang paling penting ianya jauh lebih murah dan lebih menjimatkan kos berbanding membelinya di kedai-kedai buku..

Sekian dahulu daripada saya buat kali ini.. Semoga anda ceria-ceria selalu.. Don't worry be happy..






Read more...

Wednesday, January 27, 2010

Poll: Kenapa anda suka membaca? (boleh 'klik' sehingga 4 pilihan)

Poll: Kenapa anda suka membaca? (boleh 'klik' sehingga 4 pilihan)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH



Read more...

Monday, January 25, 2010

Bangsa Membaca Bangsa berjaya

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada pembaca semua..

Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu dalam menjalankan kehidupan seharian.

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir kita berada dalam bulan Januari 2010. Dalam tak sedar kita sudah berada hampir sebulan dalam tahun 2010. Begitu cepat masa meninggalkan kita..

Berbalik kepada kempen mari membaca dengan tema "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" yang telah diwarwarkan oleh pihak kerajaan sehingga kini bagi menyeru Rakyat Malaysia supaya suka membaca. Setakat manakah anda telah menyahut seruan tersebut? Berapa buah buku yang telah anda baca pada tahun ini? Adakah sebuah, 2 buah atau lebih daripada 2 buah. Sekiranya lebih daripada 2 buah buku, saya ucapkan tahniah.. Kerana anda bukan dalam senarai "Purata rakyat Malaysia membaca 2 buah buku dalam setahun". huhuhu

Harap-harap saya pun tidak termasuk dalam senarai tersebut hehehe.. Setakat ini saya hanya berjaya membaca sebuah buku sahaja iaitu buku berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap" hasil karya Chef Li atau Dato' Dr. Rusly Abdullah (Ph.D). Saya juga ada membaca beberapa buah buku yang lain, tetapi belum sampai muka surat yang terakhir.. huhuhu
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua berkenaan buku yang telah saya baca ini. Buku "Menjejaki Jutawan Senyap" ini telah lama berada di pasaran. Tetapi baru kini saya berkesempatan untuk membaca buku tersebut. Maklumlah duduk jauh (Sekadar alasan hehehe...)

Buku ini sesuai untuk memotivasikan kita dalam kehidupan kita pada hari ini yang segala-galanya memerlukan wang. Dalam buku ini, Chef Li memberi inspirasi kepada insan biasa supaya mengejar kejayaan hidup dengan sabar dan mulakan secara kecil-kecilan.

SIAPA JUTAWAN SENYAP?

Siapakah jutawan-jutawan senyap yang di singkap oleh Chef Li dalam buku-bukunya? Istilah jutawan senyap di sini adalah golongan insan yang sudah mencapai tahap jutawan, tetapi tidak dikenali, langsung tidak glamour, dan mungkin tidak dikenalpasti oleh masyarakat. Jutawan Senyap ini menjalankan peniagaan yang tidak sensasi seperti peniaga pasar malam, penjaja di lorong-lorong kecil, peniaga jalanan yang tidak di pandang orang. Sebahagian mereka buta huruf, tamat darjah enam, janda atau ibu tunggal.

Tidakkah itu membuatkan anda terfikir bagaimana mereka melakukannya? Pertama sekali, Chef Li memperkenalkan anda kepada golongan misteri ini, kisah duka mereka dan bagaimana mereka melakukannya. Chef Li memberi petunjuk kepada anda bagaimana untuk mengenal mereka serta memahami konsep perniagaan betul. Tiada gunanya bisnes yang besar itu kalau keuntungannya kecil. Untuk memahami rahsia kejayaan ini anda perlu melihat dengan teliti dan membetulkan persepsi anda tentang perniagaan.

KISAH TELADAN UNTUK PEMBAKAR SEMANGAT

Melalui kisah-kisah kejayaan mereka ini, kita dapat memahami perniagaan dari ertikata etika dan sikap yang betul. Sikap itu yang membawa perniagaan tersebut menjadi atau hancur.  Chef Li memberi panduan bagaimana untuk memiliki semangat yang besar dan melupuskan segala rasa malu, rendah diri dan takut gagal.

Barangkali masih ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan kerja pasar malam, tanam sayur, bela ayam dan jual cendol itu tidak ada potensi dan masa depan. Pelajar-pelajar di universiti juga tidak terlepas dari pemikiran tersebut sebenarnya. Berapa ramai yang tamat pengajian dan menulis resume berbanding yang tamat pengajian dan menulis kertas kerja projek. Walau pun begitu, kecenderungan masing-masing adalah sesuatu yang kita harus terima sebagai subjektif. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, rezeki yang tidak di pandang orang itu kadang kala adalah rahmat yang tidak di singkap, di bongkar dan di selongkar oleh manusia.

Saya sangat-sangat mengesyorkan buku ini sebagai penunjuk jalan bagi teman-teman yang mencari haluan mula dalam perniagaan. Chef Li sendiri telah menyedari kewujudan golongan jutawan senyap ini semasa beliau bekerja sebagai pegawai bank dan bertemu ramai insan yang seumpamanya. Beliau sanggup berhenti dari pekerjaannya dan memulakan peniagaan pasar malam kerana ingin mengubah masa depannya. Kini, beliau adalah pengasas kepada institut teknologi kulinari Anjung Utara (ITKAU) dan pakar motivasi yang banyak memberi inspirasi pada orang lain.

Buku “MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP” ini adalah terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Setebal 222 muka surat berharga RM29.00 (semenanjung) @ RM 32.00 (sabah/sarawak). Sekiranya berminat untuk memiliki buku ini anda boleh klik Di sini

“Anda patut menjadi kaya.
Anda tidak berhak menjadi miskin.
Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang”
~ Chef Li


Kata-kata dari Chef Li ini mengingatkan saya kepada salah seorang jutawan senyap yang didedahkan dalam buku ini.. Jutawan Senyap tersebut bukan warganegara Malaysia.. Beliau adalah pendatang dari Indonesia. Semasa berada di Kuala Lumpur Jutawan Senyap ini suka memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan kota raya tersebut.

Beliau berasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang kebanyakannya berduit. Jadi beliau terfikir macamana nak dapatkan duit dari rakyat Malaysia ini dengan menjual benda yang murah tetapi disukai oleh orang ramai. Akhirnya beliau telah menjual sesuatu yang berharga RM 1.00 di sekitar Kuala Lumpur. Disebabkan perniagaannya telah berkembang menyebabkan beliau berjaya menjadi jutawan. Bukan Jutawan dalam nilai Rupiah, tetapi jutawan dalam nilai Ringgit Malaysia.. Nak tahu apa yang beliau jual? Saya syorkan anda dapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran anda untuk mendapatkan jawapannya..

Perkara yang cuba saya sampaikan daripada cerita pendatang dari Indonesia ini adalah tentang keadaan beliau yang datang ke Malaysia dengan menaiki kapal dan hidup sebatang kara di Malaysia. Tetapi dengan berkat kegigihan beliau berusaha dalam masa yang sama mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan akhirnya menjadikan beliau berjaya. Orang Indonesia pun boleh jadi kaya bila datang ke Malaysia. Jadi betullah kata Chef LI "Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang"

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berniaga. Tidak semestinya anda perlu menyara kehidupan kita dengan kerja makan gaji. Anda sendiri sedia maklum bahawa 9/10 dari pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Walaupun anda makan gaji dengan syarikat tempat anda bekerja, tetapi pendapatan tersebut berpunca dari peniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.. Betul tak?

Apa nak jual? Saya tak ada modal? Itu antara persoalan yang biasa kita dengar. Persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam minda semua orang semasa baru mula hendak berniaga. Jadi untuk menjawab semua soalan-soalan tersebut, saya nasihatkan anda carilah ilmu tentang dunia perniagaan. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca ;)

Mungkin anda seorang yang kreatif. Boleh menjadi seorang designer untuk t-shirt, kraftangan, banner, muka hadapan buku  dan sebagainya.. Sekiranya anda ingin mendapat maklumat berkaitan perniagaan menjual t-shirt yang menguntungkan anda boleh klik pada pautan di bawah..

Klik Di Sini untuk dapatkan maklumat perniagaan T-Shirt secara PERCUMA


Terdapat maklumat yang diberikan secara percuma (Klik Di Sini) yang mungkin dapat membuka minda anda untuk berniaga t-shirt. Tetapi ini tidak bermaksud saya menyuruh anda berniaga t-shirt. Mungkin ada perniagaan lain di luar sana yang lebih sesuai dengan anda dan boleh diceburi untuk menjadikan anda seorang usahawan..

Walaubagaimanapun, yang penting anda perlu menanamkan sikap suka membaca dalam diri anda.. Melalui pembacaan mungkin dapat menjadikan kehidupan anda pada masa akan datang lebih baik pada hari ini. Insya-Allah... Sekian dulu coretan perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain kali.


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH




Read more...

Saturday, January 23, 2010

Ini Haikal punya kerja..

"Ayah nak Buis", "Ayah pak Ball", "Ayah Tan Chi", "Ayah Cucun", "Ayah Buis Gaya","Ayah nak nok", "Ayah nak Jem", "Ayah Dang Dup", "Ayah nen cik", "Ayah nak Di"... Itulah antara beberapa kata-kata yang sering keluar dari mulut anak sulung saya yang berusia 2 tahun 1 bulan.. Adakalanya saya dan isteri pun tak faham apa yang dimaksudkan..

Adakah anda dapat menangkap maksud-maksud perkataan-perkataan tersebut? Kalau boleh anda memang handal.. Tapi banyak lagi "puzzle" untuk meneka kata-kata anak saya.. Cukuplah saya terangkan 10 "puzzle" ini.

1. (tu) "Ayah nak buis" bermaksud ayah nak tulis/lukis
- Biasanya bila ternampak saya atau isteri pegang kertas/pen/sedang menulis/sedang buat kerja dekat Laptop.. Apa kena mengena buat kerja dekat laptop dengan melukis/menulis? Nak tahu lihat hasil kerja di bawah..



Hasil Kerja Haikal

Apa yang dilukis pun saya tidak tau. Tapi yang pasti terlalu abstrak untuk ditafsir hehehe..

2. (Due) "Ayah pak ball" bermaksud Ayah sepak bola.. Anak saya dah meminati bola sepak sejak dia belum boleh berjalan lagi.. Siapa yang ajar ni? Ayah dia hehehe.. Tak percaya tengok video dekat bawah ni:


Haikal belajar main bola

3. (Ge) "Ayah tan chi" bermaksud "Ayah makan nasi"..

4. (pats) "Ayah buis gaya" bermaksud "Ayah lukis Ultraman Gaiya"..

5. (me) "Ayah cucun" bermaksud "Ayah susun pin bowling"

6. (nam) "Ayah, ekal nak ngok" bermaksud "Ayah nak tengok TV/DVD"

7. (jos) "Ayah nak jem" bermaksud "Ayah nak main game komputer"

8. (pans) "Ayah dang dup" bermaksud "Ayah udang hidup"
-Biasanya masa pergi pasar

9. (lans) "Ayah nen cik" bermaksud "Ayah nak minum susu botol kecil"

10. (Los) "Ayah nak di" bermaksud "Ayah nak mandi"


Gambar terbaru Haikal bersama atuk yang mempunyai tarikh lahir yang sama cuma tahun jer yang berbeza




Gambar terbaru Haikal bersama Adam yang baru berumur 1 bulan


Insya-Allah, lepas dapat adik ni, Haikal akan semakin pandai bercakap. Itulah sahaja perkongsian saya berkenaan perkataan-perkataan baru dari anak saya.. Anda pun tentu mempunyai pengalaman yang sama seperti saya.. Miss Communication dengan baby hehehe.. Jumpa lagi di lain kali..











Read more...

Kuching-Sibu-Mukah-Bintulu-Miri-Kota Kinabalu

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu.

Perkongsian saya kepada anda semua pada kali ini adalah berkaitan dengan salah satu impian saya sepanjang menjejakkan kaki ke bumi Mukah ini, iaitu ronda-ronda Sarawak. Seperti yang pernah saya ceritakan pada post sebelum ini, Mukah merupakan satu tempat yang lokasinya terletak di tengah-tengah negeri Sarawak.


Peta negeri Sarawak

Mukah sebenarnya berpotensi untuk menjadi "Center Point" bagi negeri Sarawak. Tetapi dengan satu syarat, iaitu perhubungan utama seperti jalan raya di antara Mukah dengan bandar-bandar besar perlu diperbaiki.






Jalan utama: Dari Simpang Selangau ke Simpang Balingian

Jalan ini merupakan laluan utama yang menjadi satu cabaran terbesar bagi pengguna-pengguna kenderaan untuk pergi atau balik dari Mukah ke bandar-bandar utama di Sarawak. Jalan ini sepanjang 80 KM bermula dari Simpang Balingian ke Simpang Selangau. Secara puratanya setiap pengguna jalan ini akan mengambil masa kira-kira 2-3 jam semasa melalui jalan ini.

Pengguna jalan ini terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motor, bas, lori, motorsikal yang sememangnya lumrah sebagai pengguna di setiap jalan raya. Tetapi jalan ini juga turut digunakan oleh lori arang batu, trailer dan lori kayu balak yang ada kalanya membawa lebihan muatan.

Ini menjadi antara faktor-faktor yang menyebabkan jalan ini sentiasa rosak disamping keadaan muka bumi dan pembinaan jalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan (berdasarkan maklumat orang-orang yang tahu berkenaan struktur pembinaan jalan raya)


Jalan ini merupakan satu-satunya laluan darat buat masa ini yang menghubungkan Mukah ke bandar-bandar besar seperti Sibu, Bintulu, Sarikei, Miri, Kuching dan lain-lain tempat di Sarawak. Setakat ini saya telah sampai ke Sibu, Bintulu, Sarikei dan Kuching melalui jalan darat. Walaupun ianya agak memenatkan, tetapi kita akan merasai suatu kepuasan bila dapat sampai ke bandar-bandar besar ini melalui jalan darat berbanding pengangkutan alternatif lain seperti bot dan kapal terbang.





Walau bagaimana teruk pun jalan diantara simpang Selangau dan Balingian ini, saya masih lagi nekad untuk mencapai salah satu misi saya berada di bumi Borneo ini iaitu memandu kereta dari Mukah ke Kota Kinabalu. Perjalanan tersebut akan mengambil masa kira-kira 13 jam (anggaran). Ianya akan melalui beberapa bandar besar seperti Mukah-Bintulu (3-4jam), Bintulu-Miri(2 jam), Miri-Brunei (3 jam), Brunei-Kota Kinabalu (4-6 jam).






Walaupun anggaran masa perjalanan yang lebih kurang 13 jam, tetapi anda pasti akan mengambil masa 2 hari perjalan dari Mukah ke Kota Kinabalu seperti yang dilakukan oleh rakan saya baru-baru ini. Sebabnya, tentulah anda nak berjalan-jalan di Bintulu, Miri, Brunei (sudah pasti)..hehehe.. Perancangan saya sebelum berpindah ke semenanjung ialah  membawa kereta dan keluarga saya untuk menjejakkan kaki di negara Brunei dan Kota Kinabalu. ;)

Setakat ini perjalanan paling jauh dengan menaiki kereta yang pernah saya lakukan adalah dari Mukah ke Kuching yang dilaksanakan pada bulan Disember 2008.. Pada bulan Disember 2009?

Pada bulan Disember 2009 saya menyambut kelahiran anak ke 2 ;). Insya Allah perjalanan dari Mukah ke Kota Kinabalu akan kami lakukan pada Disember 2010.

Berbalik kepada perjalanan dari Mukah ke Kuching. Perjalanan tersebut sepatutnya mengambil masa kira-kira 10 jam.. Tetapi kami mengambil masa satu hari setengah perjalanan untuk sampai ke destinasi dengan mengambil kira masa yang digunakan untuk berjalan-jalan di Bandar Sibu dan Sarikei hehehe.. ;)





Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat di Borneo, dan ada perancangan untuk datang ke sini saya mengalu-alukan kedatangan anda ke sini. Sebelum anda merancang untuk bercuti di mana-mana tempat di kepulauan borneo ini, saya cadangkan sebaik-baiknya anda melayari laman-laman web penerbangan terlebih dahulu.

Anda boleh layari laman web MAS (klik di sini) atau laman web Air Asia (klik disini) untuk menyemak harga-harga tiket semasa. Ada kalanya MAS dan AirAsia ada membuat offer sehingga RM10.00 untuk satu penebangan (Harga tidak termasuk tax dan lain-lain service).. Jadi sekiranya ada rezeki, mungkin anda dapat sampai ke mana-mana tempat di Borneo dengan tambang pergi balik termasuk tax sekitar RM200.00. (kira murah tu)

Sekiranya anda berminat untuk datang ke Mukah, saya sarankan anda datang pada hujung bulan April. Pada masa tersebut masyarakat Mukah menyambut satu pesta yang dipanggil Pesta Kaul. Ingin mengetahui apa itu Pesta Kaul? Tunggu pada Post yang akan datang.

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi pada masa akan datang..



Read more...

Sunday, January 17, 2010

Kempen Mari Membaca







Terima kasih kerana anda membaca pada hari ini ;) Anda sebenarnya telah menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat Malaysia supaya gemar membaca.

Logo di atas mungkin tidak asing lagi bagi kita. Logo tersebut kerap dipaparkan di tevisyen sempena kempen mari membaca yang telah dilaksanakan sejak tahun 1995 lagi. Pelbagai kempen telah pun diadakan untuk menanamkan minat gemar membaca di kalangan Rakyat Malaysia dengan misi "Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat".

Ternyata kempen-kempen yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak telah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia. Sebelum tahun 2000 kita biasa didedahkan dengan maklumat bahawa purata rakyat Malaysia membaca adalah sebuah buku setahun.

Kemudian pada tahun 2000 hingga 2005 kita didedahkan dengan maklumat bahawa purata rakyat Malaysia membaca buku adalah 2 buah buku setahun. Walaupun terdapat beberapa laman blog yang menyangkal dakwaan-dakwaan ini, tapi yang pasti ianya memberi tamparan kepada saya dan anda semua sekiranya perkara tersebut adalah benar.

Cuba anda bayangkan sekiranya purata rakyat Malaysia membaca sekitar 1-2 buah buku setahun. Sebanyak manakah ilmu yang dapat kita timba untuk membangunkan negara kita. Kita banyak ketinggalan daripada negara-negara maju disebabkan kurangnya minat membaca di kalangan segelintir masyarakat kita.

Jadi adakah anda tergolong dalam golongan yang membaca hanya 2 buah buku setahun? Saya membuat andaian bahawan anda tidak berada dalam gologan tersebut. Anda seorang yang gemar membaca dan kerap mencari maklumat di laman-laman web dan laman-laman blog. Buktinya anda membaca blog ini ;)

Justeru itu kepada anda yang aktif membaca, teruskan amalan tersebut dan pergiatkan lagi usaha anda. Sekiranya anda ada kelapangan masa sudilah kiranya anda menjawab survey yang berada di blog ini tentang kempen mari membaca..Sekian, selamat membaca. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

berita rujukan di utusan.com.my














Read more...

Monday, January 11, 2010

Buat Perancangan Untuk Perbaiki Keadaan Ekonomi Anda

Salam Satu Malaysia...

Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat dalam mengharungi hari demi hari dalam tahun 2010. Kini kita telah pun berada dalam hari ke 11. Ini bermaksud kita telah pun 11 hari meninggalkan tahun 2009.

Sebagai seorang manusia kita perlu sentiasa memperbaiki diri kita supaya keadaan kita pada Hari ini lebih baik dari semalam, keadaan kita esok lebih baik pada hari ini, keadaan kita minggu ini lebih baik dari minggu lepas, keadaan kita bulan ini lebih baik dari bulan lepas, dan keadaan kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Saya percaya ramai di kalangan kita terutama yang bekerja makan gaji akan mendapat anjakan gaji sempena peralihan tahun 2010. Bagi anda yang memperolehi kenaikan gaji walau berapa pun nilainya saya ucapkan tahniah. Semoga anda mempunyai perancangan yang bijak dalam menguruskan lebihan kewangan anda pada tahun ini. Bagi anda yang tidak mendapat sebarang kenaikan gaji pada tahun ini, pertingkatkan usaha anda terokailah pelbagai peluang yang tersedia di Malaysia ini untuk anda mempertingkatkan keadaan ekonomi anda.

Bagi memastikan anda tidak di belenggu masalah kewangan pada tahun ini, kaji kedudukan kewangan anda pada tahun lepas. Adakah kedudukan kewangan anda stabil? Adakah anda mempunyai wang simpanan setiap bulan? Berapakah budget yang dikeluarkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan? Berapa pula wang yang digunakan setiap bulan untuk memenuhi kehendak? dan pelbagai soalan lagi perlu ditimbulkan untuk anda menyemak balik penggunaan wang anda di sepanjang tahun 2009 supaya dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk merancang dan memperbaiki keadaan ekonomi anda pada tahun ini.

Cara yang paling mudah untuk memperbaiki keadaan kewangan kita adalah dengan mengamalkan konsep gaya hidup yang sederhana. Kita boleh menilai orang yang menjalankan kehidupan yang sederhana biasanya
mempunyai sifat berjimat cermat yang berhemah.

"Adakah kita berjimat cermat didalam semua perkara?. Jika Jawapannya "Ya", kita tergolong dalam orang yang hidup sederhana. Jika sebaliknya "Tidak", faham-fahamlah sendiri.

Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu anda berjimat cermat di dalam perbelanjaan anda:
  • Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda: Adakah saya benar-benar perlukan ini? Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah? Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
  • Batalkan/tangguhkan pembelian/pembuatan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – Contohnya anda ingin membuat kabinet dapur dan bajet yang anda peruntukkan hanya RM1500. Tetapi setelah anda survey, didapati kebanyakan bernilai RM2000. Jadi anda mesti membuat keputusan untuk membatalkan atau menangguhkan. Jangan sesekali anda cuba top-up RM500 untuk melaksanakan impian anda. Ini akan membuat 'lubang baru' didalam hutang anda.
  • Minimakan penggunaan – jimat penggunaan elektrik dengan menutup lampu yang tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin dan tutup semua alatan elektrik
  • apabila tidak digunakan.
  • Kurangkan sampah atau kitar semula – gunakan kertas di keduadua belah muka surat dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
  • Baiki barang yang rosak yang masih boleh digunakan – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi. 
  • Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
  • Cari hiburan yang percuma atau murah. Contohnya bersukan bersama rakan-rakan, berekreasi ditempat yang percuma atau tubuhkan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
  • Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda boleh berkongsi membeli barangan yang boleh dibeli dengan harga murah jika diambil dalam kuantiti yang banyak atau pukal. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.
  • Bertukar barangan atau perkhidmatan. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat wang. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan.
Selain itu pakar-pakar ekonomi juga menyarankan supaya melakukan tindakan berikut untuk menjamin kesihatan kewangan anda:
  • simpan dulu baru belanja
  • paksa simpan (auto debit)
  • sabar dengan kehendak anda
  • belanja berkira
  • pantau perbelanjaan harian
  • mula menyimpan awal
  • tumpukan pada yang utama
  • enjoy apa yang ada
  • ubahsuai rumah dengan kadar yang sesuai
  • elak aksesori kereta
  • beli/belanja 1 level bawah kemampuan anda
  • jangan kejar fashion
  • beli yang berkualiti
  • kurangkan/pendekkan panggilan telefon
  • pergi shopping dengan perut penuh
  • toilettries dan makeup yg murah
Sekian dahulu coretan daripada saya yang dapat dikongsikan hasil daripada bacaan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun saya berharap kita dapat buat perancangan kewangan kita dan laksanakannya dengan lebih baik pada tahun ini.


Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkaitan dengan perancangan kewangan dan penjimatan anda boleh klik Di Sini 
 


Read more...

Saturday, January 9, 2010

Kejohanan Catur Universiti Teknologi Petronas

UTP akan mengadakan kejohanan Catur terbuka pada 21 Februari 2010 (Ahad)bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas


Kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kelapangan masa di jemput menyertai pertandingan ini..




Maklumat Lengkap Kejohanan/Jadual/Peraturan/Print  Klik Disini


Read more...

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama orang-orang yang anda sayangi dan hormati. Alhamdulillah kita semua patut bersyukur kerana masih diberi nafas untuk berpijak di bumi ini dan dapat meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama kita juga masih berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

31 Disember 2009 telah pun meninggalkan kita. hari ini 1 Januari 2010 merupakan satu lagi lembaran baru dalam hidup kita. Isikan slot-slot kehidupan kita yang baru ini dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat kepada kita di kemudian hari samada di dunia ataupun diakhirat..

Masihkah ada lagi saki baki perancangan yang tidak berjaya dilaksanakan pada tahun 2009? Sekiranya ada janganlah ianya ditinggalkan begitu sahaja. Bawakannya ke tahun ini. Justeru itu anda perlu menyelesaikan perkara yang tidak berjaya di selesaikan pada tahun 2009 dalam masa yang sama berusaha untuk mencapai perkara yang dirancang pada tahun 2010.

Biar siapa pun kita samada seorang pelajar, cikgu, jurutera, usahawan, menteri, perdana menteri, artis, ahli sukan, saintis sehinggakan tiada sapa-sapa (tak tahu diri dalam kategori mana) tetap akan ditinggalkan oleh masa. Masa tidak pernah mengenal batas usia. Ia akan terus bergerak dan bergerak. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat memanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin dan menghargai setiap masa yang ada. Manakala orang yang tidak berjaya adalah orang yang membenarkan masa tersebut pergi begitu sahaja tanpa memenfaatkan masa tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Anda berada dalam kategori yang mana? Adakah dalam golongan orang yang berjaya memanfaatkan masa dan telah menuai hasil-hasil kejayaan atau dalam golongan orang yang membiarkan masa tersebut pergi tanpa melakukan apa-apa. Cermin-cerminkanlah diri anda..

Sekiranya sebelum ini anda banyak membiarkan masa meninggalkan anda tanpa sebarang pengisian yang berfaedah lakukanlah perubahan sempena tahun baru ini. Lakukanlah muhasabah diri. Dimana anda sekarang? Apakah kejayaan yang telah anda capai dalam hidup anda?  Apakah perkara yang telah berjaya anda sumbangkan buat keluarga, masyarakat, agama, negara, bumi dan alam semester?

Dalam kita menyambut tahun baru pada hari ini kita dikhabarkan berita yang tidak menggembirakan. Harga gula naik 20 sen. Kenaikan harga gula ini akan banyak memberi kesan dalam kehidupan kita. Dengan kenaikan harga gula ini, ianya akan memberi ruang atau alasan kepada peniaga kedai makan untuk menaikkan harga makanan dan air. Dalam masa yang sama kenaikan harga gula ini juga akan mengakibatkan pihak-pihak lain turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang jualan ada perkhidmatan merka. Yang pastinya bila harga sesuatu barang atau perkhidmatan telah naik harganya mustahil ianya akan turun kepada harga asal.

Cuba anda bayangkan apa akan berlaku pada 5 tahun akan datang sekiranya harga barang-barang keperluan kita naik dari masa ke semasa? Apakah persediaan anda untuk menghadapi kehidupan pada masa tersebut?

Jadi hari ini adalah permulaannya. Berazamlah pada hari ini bahawa anda akan melakukan perubahan pada diri anda supaya anda berjaya dengan cemerlang dalam apa juga bidang yang anda ceburi. Jadikan diri anda pada hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan pencapaian anda pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Penuhilah azam-azam tahun baru anda dengan mencipta kejayaan-kejayaan baru dalam hidup anda.Semoga anda akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..





Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..