Tuesday, December 22, 2009

Jom Pi Mukah, Sarawak -Part 1

Salam 1 Malaysia buat semua pembaca..

Dah seminggu tak berkesempatan nak menulis blog. Hari ni dah rasa lega sikit sebab kerja-kerja di office dah hampir selesai. Syukur Alhamdulillah..

Seronok bila kerja-kerja 'wajib' dah 'beres' ni. Sebabnya saya akan berkesempatan untuk buat kerja-kerja sunat macam sekarang ni.. Hehehe apa lagi menulis blog lah..

Biasanya hujung tahun macam ni saya sekeluarga akan ambil kesempatan balik kampung dekat semenanjung. Saya dan isteri dah bertugas di Mukah Sarawak hampir 4 tahun. Mukah ni kedudukannya terletak ditengah-tengah Sarawak (kalau tengok dalam peta lah). Ianya sebuah pekan kecil dan merupakan kawasan nelayan. Dekat sini kebanyakan orang suka tangkap udang galah, memancing ikan laut dan ikan di sungai. Perindustrian utama yang dijalankan oleh penduduk di sini tentulah perikanan kemudian diikuti oleh perindustrian membuat sagu.




Penduduk dekat sini memang suka memancing. Pergi sahaja di mana-mana tempat pasti ada orang yang sedang memancing. Daripada kanak-kanak sekolah rendah sehingga ke orang tua semuanya gemar memancing. Gambar di atas merupakan hasil tangkapan kaki-kaki pancing semasa pertandingan Safari memancing yang diadakan setiap tahun sekitar bulan April-Mei. Saya rasa cukup dulu setakat hari ni. Ikutilah cerita selanjutnya tentang Mukah pada post yang akan datang.. Tunggu..

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..