Sunday, December 27, 2009

Jom Pi Mukah - Part 3

kali Sembang2



Kita sambung lagi cerita berkenaan Mukah. Bagi anda yang ada bercita-cita nak menjelajah ke Seluruh Sarawak mungkin Post ini berguna buat anda.

Gambar di atas merupakan Pasar menjual ikan di Mukah. Selain menjual ikan pasar ini juga menjual pelbagai keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam, pakaian, alatan dapur, buah-buahan dan sebagainya.

Disebabkan Mukah merupakan destinasi yang terkenal dengan sumber perikanan jadi bila pergi pasar je perkara utama yang ramai orang akan cari adalah ikan.

Ikan dekat sini kebanyakannya masih segar. Kebanyakan ikan dibawa terus dari bot nelayan untuk dijual di pasar ini. Selain ikan, pasar Mukah ini juga terkenal dengan Udang Galah.

Bagi sesiapa yang suka makan udang gagal pasar Mukah merupakan destinasi yang paling sesuai untuk anda mencari udang galah yang masih segar. Lebih menarik lagi kebanyakan udang galah disini boleh dibeli dalam keadaan yang masih hidup.

Saya biasa beli udang galah di pasar ini dan 'ternak' beberapa ekor hampir sehari dalam besen di rumah saya. Tujuannya nak bagi anak saya tengok, sebab dia suka nak tengok udang hidup. Setiap kali pergi pasr Mukah anak saya yang baru pandai bercakap akan sebut "Yah, udang Dup" sambil menunjukkan jari telunjukkannya ke arah udang.






Gambar di atas merupakan pemandangan yang dapat di lihat dari Pasar Mukah. Di jeti inilah kebanyakan ikan dinaikkan untuk dijual di pasar Mukah.

Setakat ini sahajalah perkonsian dari saya untuk hari ini tentang Mukah. Ikutilah cerita menarik tentang mukah dalam Post yang akan datang. Antara perkara menarik yang akan dikongsikan tentang Mukah adalah siet, tangkap udang dengan tangan, Umai, Sagu, Tebaloi, dan lain-lain. Tunggu..

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..